Salam dan Selamat Sejahtera,
Sebelum tu, saya nak ucapkan tahniah kepada mereka yang telah mengambil langkah pertama untuk mengubah nasib dan diri anda.
Setiap perniagaan memerlukan promosi, sama ada offline dan online. Untuk online kita bley gunakan FB, Myspace, Tagged dan lain-lain. Tapi saya juga menggunakan Google Adwords kerana sebaran maklumat lebih luas dan kosnya agak murah berbanding iklan-iklan online yang lain.
Kali ni saya nak terangkan bagaimana untuk bayar Online dengan menggunakan Kad Debit Maybank Visa - Cap buah Cherry/Epal :)
Bagi kad debit lain seperti Eon bank, Next-G Ambank, Al-Rajhi takde masalah, cuma kad debit Maybank Visa ni untuk buat payment online, kena aktifkan dulu kad tersebut baru boleh guna secara online. Kad lain pun boleh guna tau, janji ada aplikasi Master atau Visa.
Jadi pastikan dulu anda mempunyai akaun Maybank2u, jika tak ada sila pergi ke Mesin ATM Maybank dan buat ID dan password.
1. Langkah pertama, buka akaun di bank Maybank yang berhampiran dan beritahu pegawai perkhidmatan pelanggan Maybank bahawa anda ingin memohon Kad Debit Maybankard Visa.
2. Sekiranya anda sudah mempunyai akaun di Maybank, anda boleh pergi ke Maybank yang berhampiran untuk memohon Kad Debit Maybankard Visa. Anda akan dicaj RM12.00 saja.
3. Kemudian, log masuk ke akaun MaybankU2 anda. Klik di sini.
4. Cari Bahagian Utilities dan Klik pada bahagian “Maybankard Secure Online Shopping Registration”.
5. Isikan maklumat yang diperlukan. Klik “submit”.
Anda hendaklah memilih password ataupun kata laluan anda sendiri.
6. Bila tulis Successfull kaler hijau tu, kiranya dah boleh guna untuk pembelian online. Anda boleh menghubungi pusat khidmat pelanggan Maybank di 1300-88-6688 jika mempunyai sebarang pertanyaan.
7. Dengan langkah- langkah tersebut, anda boleh membuat promosi online sekarang.
Sekian dari saya, mari kita sama-sama mengecapi kebebasan kewangan hanya dari kuasa internet dari rumah.
Salam Usahawan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment